CFMoto 400NK model tahun 2020 kini tampil lebih sporty

Salah sebuah model naked yang ditawarkan oleh CFMoto ketika ini ialah model naked CFMoto 400NK model tahun 2020. Model tersebut hadir dalam dua pilihan warna yang menarik iaitu Athens Blue dan Nebula White, serta tampil dengan reka bentuk sporty.

Enjinnya bersesaran 400cc (2-cylinder inline, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC), dilengkapi sistem BOSCH EFI dan menawarkan kuasa maksimum 41hp @ 9,500rpm dengan tork maksimum 32Nm @ 7,750rpm. Sistem transmisinya ialah enam kelajuan yang lancar, di samping tersedia dua pilihan mod tunggangan yang praktikal iaitu Sport dan Eco.

Suspensi depan CFMoto 400NK merupakan fork teleskopik, dan digandingkan dengan suspensi belakang monoshock yang berada di posisi sebelah kanan (adjustable preload and rebound). Sistem brek depan dengan cakera berkembar (double-piston caliper) dan brek cakera belakang (single-piston caliper), lengkap dengan sistem ABS dual channel.

Dengan penggunaan tayar depan dan belakang yang masing-masing berukuran 120/70 ZR17 dan 160/60 ZR17, menjadikan ketinggian tempat duduk berada pada paras 780 mm. Kapasiti tangki petrol ialah 17 liter, dengan berat motosikal 206 kg (curb weight).

Paparan panel meter LCD memaparkan pelbagai maklumat penting, yang kemudiannya disempurnakan oleh sistem lampu LED sepenuhnya. Untuk pasaran Malaysia, CFMoto 400NK turut ditawarkan, namun versi yang masih dijual kelihatan seperti model tahun 2019. Harga jualannya sekitar RM 17k++, berdasarkan sumber daripada Mudah.my.