Salah sebuah model terbaharu yang diperkenalkan di pasaran China sejak penghujung tahun lepas ialah Yahama R6. Model tersebut juga dikenali dengan nama Huaying R6, dan dikeluarkan oleh syarikat yang sama yang memperkenalkan model Huaying Finja 500. Untuk pasaran China, Yahama R6 berharga ¥27,800, bersamaan RM 17,387.69.
Sekali pandang, penampilan Yahama R6 ini sangat mirip dengan model Yamaha R6, walaupun terdapat perbezaan di bahagian kerangka dan lengan ayunnya. Enjinnya pula bersesaran 500cc (In-line twin-cylinder four-stroke, 8-valve, water-cooled) dan mampu menghasilkan kuasa maksimum setinggi 36.7PS dengan tork maksimum 34Nm.
Yahama R6 dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 18 liter, ketinggian tempat duduk 790 mm, sistem brek cakera depan berkembar (four-piston dual radial calipers with 330mm floating brake discs), sistem ABS dual-channel, tayar depan dalam siri 120/70-17 dan belakang 180/55-17, serta berat motosikal 225 kg (curb weight).
Sistem lampu LED dan panel instrumen digital serta beberapa pilihan skim warna yang menarik telah melengkapkan perwatakannya yang kelihatan sporty dan agresif. Dengan harga jualan sekitar hanya RM 17k, model ini boleh dikatakan berbaloi apabila melihat kepada penampilan dan kualiti pemasangannya yang kelihatan agak kemas dan padat.
Sumber : jddmoto.com & 2smoto.com