Kawasaki Ninja 300 ABS 2019 di pasaran India, harga jualan bersamaan RM 16,417.12

India Kawasaki Motors Pvt. Ltd. bakal melancarkan model terbaharu Kawasaki Ninja 300 ABS 2021 untuk pasaran India, yang kini dilengkapi enjin patuh piawaian BS6 dan telah menerima kemaskini skim warna terbaharu. Sebelum itu apa kata kita lihat dahulu model Kawasaki Ninja 300 ABS 2019 yang ditawarkan di pasaran India sebelum ini.

Kawasaki Ninja 300 ABS 2019 di pasaran India bagi tahun 2019 dan 2020 didatangkan dalam empat pilihan warna iaitu Lime Green, Ebony / Metallic Moon Dust Grey, Candy Plasma Blue dan Lime Green / Ebony. Harga jualan yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu sebanyak Rs. 2,98,000, bersamaan RM 16,417.12 (mengikut kadar semasa).

Model sport bike yang tampil sporty itu dikuasakan enjin dalam kapasiti 296cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8-valves), dan kemudiannya dipadankan dengan transmisi enam kelajuan dan turut dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch. Keluaran kuasa maksimumnya ialah 39PS @ 11,000rpm dengan tork 27Nm @ 10,000rpm.

Kawasaki Ninja 300 ABS seterusnya dilengkapi tangki bahan api 17 liter, fork depan teleskopik 37 mm, suspensi belakang tunggal (Bottom-Link Uni-Trak with gas-charged shock and 5-way adjustable pre-load), brek cakera depan 290 mm dengan ABS, brek cakera belakang 220 mm, tinggi tempat duduk 785 mm dan berat 179 kg (curb mass).

Kawasaki Ninja 300 ABS model tahun 2019 dan 2020 ini bakal digantikan dengan versi terbaharu Kawasaki Ninja 300 ABS 2021, yang setakat ini telah disahkan menerima tiga skim pilihan warna terbaharu. Mungkin pasaran India merupakan satu-satunya pasaran di dunia yang masih menawarkan model Ninja 300 versi paling terkini tahun 2021.

Artikel Popular Minggu Ini :