Yamaha Exciter 155 VVA 2021 boleh dikatakan telah mendapat pujian daripada ramai peminat motosikal moped sama ada di negara asalnya Vietnam, atau di negara-negara ASEAN yang lain seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan juga Singapura.
Namun di sebalik pujian yang melambung tinggi itu, masih terdengar beberapa kritikan, paling lantang sekali ialah mengenai reka bentuk kepala lampu depannya (headlamp) yang dikatakan tidak menarik dan kurang sesuai. Malah ada peminat yang mengatakan headlamp Yamaha Exciter 150 mempunyai rekaan yang jauh lebih sporty dan cantik.
Oleh itu di terdapat pemilik Yamaha Exciter 155 VVA di Vietnam ketika ini yang telah mengambil inisiatif dengan menukar headlamp motosikal miliknya itu dengan headlamp Yamaha Exciter 150. Hasilnya bergantung kepada penerimaan setiap individu, namun pada pandangan Arena Motosikal, headlamp asal kelihatan lebih ideal dan sepadan.
Namun terpulang kepada setiap pemilik motosikal berkenaan, kerana modifikasi yang dilakukan kebiasaannya lebih kepada kepuasan peribadi. Untuk pasaran negara kita nanti, adalah sangat menarik untuk kita lihat adakah terdapat pemilik Yamaha Y15ZR V3 yang akan menukar headlamp motosikal mereka, atau kekal dibiarkan standard.
Sumber : KingDrag -Y15zr Việt Nam FB