Adakah ini galeri gambar Benelli RFS200i 2021?

Model terbaharu Benelli RFS200i 2021, atau mungkin juga Benelli RFS180i 2021, telah diumumkan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia dalam suku pertama tahun ini. Setakat ini Benelli Malaysia telah pun memaparkan teaser rasmi pertama mengenai model moped berkenaan di dalam laman Facebook rasmi mereka baru-baru ini.

Reka bentuk Benelli RFS200i 2021 setakat ini masih menjadi misteri, namun tahukah anda gambaran pertama model berkenaan sebenarnya telah pun muncul sejak tahun 2019 lagi. Berdasarkan gambar-gambar yang dipaparkan di dalam galeri di bawah, Benelli RFS200i 2021 didapati tampil dengan reka bentuk facelift terbaharu, berasaskan model Benelli RFS150i yang ketika ini ditawarkan di pasaran negara kita.

Mungkin ramai peminat Benelli yang mengharapkan penampilan Benelli RFS200i 2021 ini tampil dalam reka bentuk serba baharu sepenuhnya, namun rekaan facelift tersebut boleh dikatakan tetap sporty dan segar. Berita baiknya ialah mungkin pemilik sedia ada Benelli RFS150i akan lebih mudah untuk menaiktaraf motosikal mereka selepas ini.

Beralih ke bahagian enjin, Benelli RFS200i 2021 ini disebut-sebut akan dikuasakan enjin bersesaran 200cc dengan dua silinder yang menawarkan prestasi yang lebih tinggi. Namun terdapat juga maklumat yang mengatakan enjinnya hanya bersesaran 180cc. Jika benar, ianya mungkin akan dikenali sebagai Benelli RFS180i 2021.

Untuk kepastian, nampaknya kita semua terpaksa menunggu sehingga model ini dilancarkan secara rasmi. Namun sudah tentu ramai yang mengharapkan inilah model super moped Benelli RFS200i 2021 yang dilengkapi enjin bersesaran 200cc, yang pastinya akan sukar dicabar oleh mana-mana model moped lain di pasaran ketika ini.

Sumber gambar : Vanhoe Rage


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?