Spyshot Modenas Super Moped di Changlun, Kedah, kini tampil dengan reka bentuk dan naik taraf terkini

Baru-baru ini Arena Motosikal telah menyiarkan sebuah artikel mengenai kemungkinan projek Modenas Super Moped telah berkubur. Ini kerana sejak beberapa bulan yang lepas, tiada lagi sebarang perkembangan terkini mengenai model tersebut.

Bagaimanapun ketika ini salah seorang peminat Modenas iaitu saudara Adlizan Saidi, telah menyiarkan sekeping gambar yang memaparkan spyshot sebuah model moped yang sedang menjalani ujian jalan raya, berdekatan Changlun, Kedah Darul Aman.

Berdasarkan gambar spyshot tersebut, tidak syak lagi model ujian tersebut ialah Modenas Super Moped, namun telah mengalami beberapa naik taraf terkini berbanding model prototaip sebelumnya. Mungkin ini adalah model prototaip versi paling terkini.

Jadi adakah ini bermakna projek Modenas Super Moped masih berjalan seperti biasa dan bakal dilancarkan tidak lama lagi? Diharapkan selepas ini akan ada lebih banyak maklumat mengenai model yang dinanti-nantikan ini, daripada pihak Modenas sendiri.