Adakah ini teaser rasmi pelancaran Benelli RFS200i 2021?

Sempena menyambut kedatangan tahun baru 2021, Benelli Malaysia kelmarin telah menyiarkan sebuah video teaser ringkas mengenali pelancaran sebuah model baharu yang dijadualkan berlangsung pada suku pertama tahun ini. Cuma persoalannya ialah model motosikal terbaharu apakah yang bakal dilancarkan itu?

Berdasarkan maklumat terdahulu mengenai spekulasi pelancaran model super moped Benelli RFS200i 2021, kemungkinan besar video teaser tersebut merujuk kepada model berkenaan. Apatah lagi di dalam media sosial ketika ini telah terdedah sekeping imej yang menunjukkan bahagian muka depan sebuah model moped misteri.

Apabila dibandingkan dengan imej di dalam video teaser tersebut, gambaran sepasang lampu di bahagian bawah didapati mempunyai persamaan yang boleh dikatakan hampir tepat. Besar kemungkinan ianya merupakan paparan sebenar model Benelli RFS200i 2021 yang dikuasakan enjin dua silinder berprestasi tinggi dalam sesaran 200cc.

Bagaimanapun ini hanyalah jangkaan awal yang belum dapat dipastikan ketepatannya. Jika benar, pastinya dunia permotoran negara kita akan bertambah meriah selepas ini dengan pelbagai pilihan terbaharu pada tahun ini. Mungkin inilah saingan sebenar untuk model-model seperti Yamaha Y15ZR V3, Honda Winner X dan SYM VF3i 185.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?