Program Yamaha Yard Built selama ini telah mempertontonkan pelbagai model Yamaha yang diubahsuai oleh ramai pereka-pereka tersohor dalam industri motosikal custom. Terkini Bottpower telah memperkenalkan sebuah model dalam projek terbaharu mereka yang dikenali dengan nama Yamaha Yard Built XR9 Carbona by Bottpower.
Dibina daripada model Yamaha XSR900, ianya mengambil inspirasi daripada jentera perlumbaan Bottpower BOTT XR1R yang sebelum ini mengambil bahagian dalam perlumbaan ikonik Pikes Peak pada tahun 2017, dengan merangkul kejuaraan dalam dua kategori dan menamatkan perlumbaan keseluruhan di tangga yang keempat.
Bagaimanapun tidak seperti kebanyakan model-model custom Yamaha Yard Built lain yang kebiasaannya dibina secara ‘one-off’, Bottpower mengambil langkah menawarkan body kit XR9 Carbona khusus untuk model-model seperti Yamaha XSR900, MT-09 dan Tracer, dengan harga asasnya bermula dari €4,975.00, bersamaan RM 24,689.76.
Body kit XR9 Carbona merangkumi beberapa kelengkapan seperti berikut :
- Fuel tank cover with integrated carbon fibre air intakes
- Carbon fibre seat and tail including alcantara saddle
- Tail and signal lights
- Front number plate with integrated LED position lights
- Radiator covers with winglets
- High/low beam headlights
- Licence plate holder, sprocket cover and belly pan
Body kit XR9 Carbona boleh dipasang terus kepada model XSR900 atau mana-mana platform CP3 tanpa perlu mengubahsuai kerangkanya. Berdasarkan gambar-gambar dalam galeri di bawah jika anda berkemampuan, tambahan spesifikasi lain adalah seperti ekzos Akrapovic, suspensi Öhlins, pam brek Brembo dan rim karbon Robotox.
Sumber : Yamaha Motor Europe & Asphalt & Rubber