Yamaha Motor Vietnam hari ini secara rasminya mengumumkan pelancaran model moped yang ditunggu-tunggu iaitu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Yamaha Y15ZR V3). Pelancaran model yang digelar ‘Little YZF-R1’ dengan pelbagai teknologi moden itu bakal berlangsung pada tarikh 29hb. Disember 2020, bermula jam 7.00 malam.
Month: December 2020
Rusi Rapid 150 di pasaran Filipina, skuter klon Yamaha NVX
Pasaran Filipina baru-baru ini telah menerima kehadiran sebuah model skuter terbaharu yang tampil sporty dan elegan iaitu Rusi Rapid 150. Sekali pandang sudah tentu ramai yang mengatakan model tersebut ialah skuter Yamaha NVX (Malaysia, Vietnam), atau juga model Yamaha Aerox 155 (Indonesia, Thailand) dan Yamaha Mio Aerox (Filipina).
Kymco Visar 50 di pasaran Vietnam, harga RM 2,734.50
Yamaha Yard Built XR9 Carbona by Bottpower diperkenalkan, body kit tersedia untuk model XSR900, MT-09 dan Tracer
Program Yamaha Yard Built selama ini telah mempertontonkan pelbagai model Yamaha yang diubahsuai oleh ramai pereka-pereka tersohor dalam industri motosikal custom. Terkini Bottpower telah memperkenalkan sebuah model dalam projek terbaharu mereka yang dikenali dengan nama Yamaha Yard Built XR9 Carbona by Bottpower.
Siri Honda CB1300 Super Four dan Super Bol D’or 2021 akan berada di pasaran Jepun mulai 18hb. Mac 2021
Seperti mana yang dijanjikan sebelum ini, Honda kelmarin telah mengumumkan secara rasmi pelancaran model Honda CB1300 Super Four, Honda CB1300 Super Bol D’or, Honda CB1300 Super Four SP dan Honda CB1300 Super Bol D’or SP bagi musim 2021, yang kini didatangkan dengan skim warna dan kelengkapan elektronik terbaharu.
GPX Demon GR200R 2020 masuk ke pasaran Vietnam, harga asas bersamaan RM 12,802.53
Salah sebuah model motosikal terbaharu yang dinanti-nantikan di pasaran Malaysia ketika ini ialah GPX Demon GR200R. Model berkenaan sebelum ini dilancarkan di pasaran Thailand dalam bulan Jun 2020, dan kemudiannya dikhabarkan bakal masuk ke pasaran Malaysia pada November 2020. Sayangnya tidak menjadi kenyataan.






