Galeri : Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam)

Model terbaharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 secara rasminya telah dilancarkan di pasaran negara Vietnam kelmarin. Secara ringkasnya model tersebut ditawarkan dalam varian Standard dan Premium, termasuk varian GP Edition yang juga termasuk dalam varian Premium. Pilihan warna yang boleh didapati pula ialah empat kesemuanya.

Berikut ialah senarai harga Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam :

  1. Standard (Hitam, Putih dan Merah) : 46,990,000 VND (RM 8,232.93)
  2. Premium (Hitam, Putih dan Merah) : 49,990,000 VND (RM 8,758.55)
  3. Premium (GP Edition) : 50,490,000 VND (RM 8,846.15)

Terdapat tiga ciri-ciri eksklusif yang melengkapi Yamaha Exciter 155 VVA 2021 varian Premium iaitu sistem brek cakera depan dengan dua piston, sistem kunci Smart Key dan soket pengecas 12V. Berat basah (wet weight) motosikal tersebut bagi varian Standard dan Premium juga berbeza iaitu 119 kg (Standard) dan 121 kg (Premium).

Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam ini boleh dikatakan masih belum lengkap sepenuhnya apabila ianya belum dilengkapi sistem brek ABS, tidak dilengkapi fork depan jenis terbalik (upside-down), lampu signal bukannya daripada jenis LED dan tangki bahan api masih belum mencapai kapasiti ideal sekurang-kurangnya 7 liter.

Bagaimanapun enjin bersesaran 155cc yang melengkapinya kini didatangkan bersama-sama teknologi VVA yang canggih, termasuk dilengkapi kotak gear enam kelajuan danĀ  sistem Assist & Slipper Clutch. Dengan kuasa berjumlah 17.7hp @ 9,500rpm dan tork puncak 14.4Nm @ 8,000rpm, kelajuan maksimumnya dikatakan mencecah 145 km/j.

Penampilan keseluruhan Yamaha Exciter 155 VVA 2021 setakat ini mendapat pujian ramai peminat, kecuali rekaan di bahagian kepala atau lampu utama di bahagian atas. Bagaimanapun kritikan untuk rekaan lampu atas tersebut dijangka tidak akan berlarutan kerana lama-kelamaan reka bentuknya dipercayai akan dapat diterima dengan baik.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?