Kawasaki Ninja ZX-10RR 2021 kini tiba di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 162,850.37

Kawasaki Ninja ZX-10RR 2021 baru saja dilancarkan dengan reka bentuk baharu yang agresif, di samping enjin yang berkuasa. Terhad 500 unit untuk pasaran seluruh dunia, model tersebut kini telah pun sampai di pasaran Thailand, dan ketika ini ianya sedang dipamerkan di Thailand International Motor Expo 2020 (2 – 13 Disember 2020).

Untuk pasaran Thailand, harga yang ditetapkan untuk Kawasaki Ninja ZX-10RR 2021 adalah sebanyak 1,208,000 THB, bersamaan RM 162,850.37 mengikut kadar tukaran semasa. Melihat kepada harga tersebut, kita boleh menjangkakan harga untuk pasaran Malaysia nanti juga akan berada dalam kadar lingkungan yang hampir sama.

Kawasaki Ninja ZX-10RR 2021 dikuasakan enjin bersesaran 998cc (Liquid-cooled, 4-stroke, In-Line Four, DOHC, 16 valves) yang kini mematuhi piawaian emisi Euro 5, dan dipadankan transmisi enam kelajuan. Kuasa maksimumnya mencapai 204PS (214PS with RAM Air) @ 14,000rpm dengan tork maksimum 111.8Nm @ 11,700rpm.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari artikel terdahulu melalui pautan berikut :