Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 di pasaran Malaysia, harga asas RM 79,900.00

Sementara menantikan ketibaan model Kawasaki Ninja ZX-25R 2021, ada baiknya kita lihat dahulu model Kawasaki Ninja ZX-6R 2019 yang dilancarkan sejak lebih setahun yang lalu. Untuk pasaran Malaysia ketika ini, model berkenaan hanya tersedia dalam pilihan warna tunggal Lime Green, atau juga dikenali dengan nama KRT Edition.

Setakat ini, skim warna KRT Edition untuk Ninja ZX-6R telah berubah untuk tahun 2020, apabila hadir dengan rekaan grafik yang mempunyai motif sarang lebah. Bagi model tahun 2021 pula yang dilancarkan di pasaran luar antaranya Indonesia, Jepun dan Australia baru-baru ini, ianya didatangkan dengan tambahan warna merah dan putih.

Kawasaki Ninja ZX-6R dikuasakan enjin bersesaran 636cc (liquid-cooled, 4-stroke, 4-cylinder, DOHC, 16-valves) dengan kuasa maksimum 130PS @ 13,500rpm (136PS dengan Ram Air) dan tork puncak 70.8Nm @ 11,000rpm, seterusnya dipadankan transmisi enam kelajuan. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti maksimum 17 liter, sementara berat motosikal berada pada paras 196 kg (curb mass).

Sebagai model supersport kelas pertengahan, ianya dilengkapi pelbagai teknologi canggih seperti Assist & Slipper Clutch, Economical Riding Indicator, KTRC (Kawasaki Traction Control), Power Modes, KQS (Kawasaki Quick Shifter), ABS (Anti-Lock Brake System) dan juga teknologi KIBS (Kawasaki Intelligent Anti-Lock Brake System).

Untuk pasaran Malaysia sewaktu ianya dilancarkan pada penghujung tahun 2018 yang lalu, harga asas yang ditetapkan adalah sebanyak RM 79,900.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Bagaimanapun untuk maklumat lebih lengkap dan lebih tepat, anda boleh kunjungi sendiri bilik pameran Kawasaki yang terdekat.

Artikel berkaitan : Kawasaki Ninja ZX-6R 2021 terima kemaskini warna baharu

Galeri : 2019 Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition (Malaysia)

Galeri : 2020 Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition

Galeri : 2021 Kawasaki Ninja ZX-6R KRT Edition

(Visited 600 times, 1 visits today)