Galeri : Yamaha YZF-R15 V3.0 2019 untuk pasaran Malaysia

Untuk pasaran Malaysia, Yamaha YZF-R15 V3.0 buat pertama kalinya dilancarkan dalam bulan Julai 2018. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM 11,988.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Ianya dikuasakan enjin 155cc dengan kuasa maksimum 19hp (14.2kW) @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.

Kemudiannya selepas lebih setahun berada di pasaran tempatan, Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) kemudiannya memperkenalkan pilihan warna terbaharu, pada bulan September 2019. Yamaha YZF-R15 V3.0 model tahun 2019 kini tampil dengan pilihan warna Race Blu, Kuning dan Hitam yang kelihatan lebih menawan dan sporty.

Harga yang ditawarkan untuk model berkenaan bagi tahun 2019 kekal tidak berubah, begitu juga dengan spesifikasi dan ciri-ciri teknikalnya. Sama seperti model tahun 2018, setiap pembelian didatangkan percuma kunci cakera Yamaha. Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Yamaha YZF-R15 V3.0 2019 dalam galeri di bawah.

(Visited 370 times, 1 visits today)