Dalam bulan Disember 2017 yang lalu, saya sempat merakamkan gambar model prototaip perlumbaan Benelli RFS150i, yang ketika itu sedang dipamerkan di salah sebuah kedai menjual motosikal di Prai, Pulau Pinang. Model ini yang telah diubahsuai sepenuhnya bukan saja tampil sporty, malah dilengkapi dengan pelbagai ramuan yang cukup memuaskan untuk perlumbaan di litar. Anda saksikan sendiri kehebatan Benelli RFS150i Racing Prototype 2017 ini.