Benelli perkenal model baharu Leoncino 800

Salah sebuah model baharu keluaran Benelli untuk tahun 2020, Leoncino 800 ini boleh dikatakan mempunyai reka bentuk yang paling menarik dan elegan. Rekaannya masih berunsurkan gabungan klasik dan moden, namun penampilannya kini kelihatan lebih gagah dan dinamik jika dibandingkan dengan penampilan Leoncino 500.

Benelli Leoncino 800 mempunyai enjin 754cc (In-line 2 cylinders, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves for cylinder double overhead camshaft DOHC) yang mampu menjana kuasa maksimum sehingga 81.6hp @ 9,000rpm dan tork setinggi 67Nm @ 6,500rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan kotak gear enam kelajuan yang lancar.

Lampu depannya merupakan LED sepenuhnya, manakala paparan instrumen meter TFT yang canggih hadir dengan reka bentuk moden dan asli. Rekaan pelananya mampu menjamin keselesaan maksimum untuk penunggang dan penumpang, di samping reka bentuk ekzos yang mempunyai perkadaran seimbang dan moden.

Beralih ke bahagian suspensi depan, ianya ditugaskan kepada sepasang fork jenis upside-down yang mempunyai diameter 50 mm dan travel 130 mm (adjustable hydraulic brake rebound, compression and spring preload), sementara di bahagian belakangnya boleh didapati penyerap hentak tunggal (rear swing arm with central shock absorber spring preload and hydraulic rebound brake adjustable).

Untuk keselamatan maksimum, Leoncino 800 hadir dengan sistem brek Brembo dan teknologi ABS. Sistem brek depan hadir dengan sepasang cakera yang besar (twin semi-floating disk ΓΈ320 mm, mono block radial calliper 4 pistons and ABS), bersama-sama cakera belakang tunggal 260 mm dengan kaliper dua piston dan ABS.

Roda depan dan belakang terdiri daripada rim aloi aluminium jenis berjejari 17 inci, dengan tayar tubeless yang masing-masing hadir dalam siri 120 / 70-17 (depan) dan 180 / 55-17 (belakang). Tangki bahan api mempunyai kapasiti isian penuh 15 liter untuk perjalanan lebih jauh. Ketinggian tempat duduk penunggang pada paras 800 mm, dan berat motosikal berada pada angka 220 kg.

Menurut Benelli, model terbaharu Leoncino 800 model tahun 2020 ini dijangka akan berada di pasaran pada pertengahan tahun ini, namun ketika ini belum ada maklumat mengenai kemasukannya ke pasaran Malaysia. Pilihan warna yang tersedia juga masih belum diumumkan, termasuk harganya yang dijangka tidaklah terlalu tinggi.

(Visited 155 times, 1 visits today)