Boon Siew Honda hari ini memperkenalkan Honda EX5 model tahun 2020, yang kini disegarkan semula penampilannya melalui penggunaan grafik dan jalur rekaan baharu yang tersendiri. Honda EX5 sememangnya sangat popular di kalangan rakyat Malaysia, kerananya cirinya yang tahan lasak, mudah dikendalikan dan boleh dipercayai.
Honda EX5 2020 dikuasakan enjin berkapasiti 110cc dengan satu silinder dan sistem sejukan udara, yang mana ianya menghasilkan prestasi maksimum 6.37kW @ 7,500rpm dan tork 8.62Nm @ 5,500rpm. Enjin tersebut turut dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik PGM-Fi yang menjimatkan petrol dan kurang pencemaran emisi.
Bagi model tahun 2020 ini, Honda EX5 kekal boleh didapati dalam dua pilihan varian iaitu roda tuangan dan roda jejari. Kedua-dua varian tersebut ditawarkan dalam pilihan warna Pearl Nightfall Blue dan Pearl Magellanic Black. Berikut ialah senarai harga yang ditetapkan, tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan :
- 2020 Honda EX5 (Roda Tuangan) : RM 5,009.00
- 2020 Honda EX5 (Roda Jejari) : RM 4,783.00
Untuk ketenangan fikiran, Boon Siew Honda menawarkan jaminan selama 2 tahun atau 20,000 km, yang mana tiba dahulu.