Pada awal November 2019 yang lepas, MV Agusta telah memperkenalkan rangkaian model terbaharunya untuk musim 2020. Salah sebuah daripadanya ialah model Brutale 800 RR SCS yang kini dilengkapi teknologi SCS 2.0 (Smart Clutch System), yang membolehkan pemberhentian dan mulakan semula (restart) tanpa menyentuh tuas klac.
Selain daripada rekaan yang cantik dan menonjol, MV Agusta Brutale 800 RR SCS 2020 sudah semestinya dilengkapi enjin dengan prestasi yang mengujakan. Model naked dan brutal ini dikuasakan enjin tiga silinder bersesaran 798cc, yang kemudiannya dipadankan sistem transmisi enam kelajuan. Janaan kuasa yang terhasil mencapai angka 140hp @ 12,300rpm dengan tork maksimum 87Nm @ 10,100rpm.
Sistem suspensi depan USD dan suspensi belakang jenis tunggal, sistem brek Brembo dengan ABS, Riding Modes dengan empat pilihan, berat kering 175 kg, tangki bahan api penuh 16.5 liter dan kelajuan maksimum 244 km/j, merupakan antara ciri-ciri yang ada pada model Brutale 800 RR SCS. Untuk pasaran Eropah, harganya bermula dari 16,990 Euro, bersamaan RM 76,502.73 mengikut kadar tukaran semasa.