Berdasarkan maklumat yang terhad, model Yamaha JR-S 120 keluaran tahun 1994 ini dikatakan pernah ditawarkan di pasaran Thailand. Ianya dilengkapi enjin bersesaran 120cc dengan kotak gear lima kelajuan dan klac tangan manual, serta turut dilengkapi brek jenis cakera di bahagian roda depan dan belakang.

