Tag: QJ Motor SRT800

QJ Motor SRT800 dan SRT800X 2022 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas bermula dari RM 39,888.00

Selepas pelancaran model terbaharu QJ Motor SRK600 2022, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. pada hari ini dengan rasminya melancarkan pula model adventure terbaharu QJ Motor SRT800 2022. Model itu didatangkan dalam dua pilihan varian iaitu Standard (SRT800) dan X (SRT800X), dengan harga jualan asas dari RM39,888.00 untuk varian Standard dan RM 42,888.00 untuk varian X (tidak termasuk insuran dan cukai jalan). (more…)

Moto Morini X-Cape, QJ Motor SRK600 dan QJ Motor SRT800 diperkenalkan, di pasaran Malaysia mulai suku kedua 2022

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini rasmi mempertontonkan tiga buah model terbaharu edarannya kepada media tempatan, bertempat di bilik pameran Benelli Best Shop Alor Setar by Men Huat Motors Sdn Bhd. Ketiga-tiga buah model tersebut ialah Moto Morini X-Cape 650 2022, QJ Motor SRK600 2022 dan QJ Motor SRT800 2022. Anda boleh saksikan video pengenalan ketiga-tiga buah model itu melalui pautan ini. (more…)