MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. bakal melancarkan sebuah model adventure terbaharu untuk pasaran Malaysia iaitu Moto Morini X-Cape 650 2022. Namun sebelum itu untuk pasaran Eropah, versi terbaharu bagi model tersebut baru saja diperkenalkan iaitu Moto Morini X-Cape 650 Gold Wheels Edition 2022, dengan harga € 7,690 (RM 36,470.42).
Tag: Mforce Bike Holdings Sdn Bhd
Moto Morini X-Cape, QJ Motor SRK600 dan QJ Motor SRT800 diperkenalkan, di pasaran Malaysia mulai suku kedua 2022
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. baru-baru ini rasmi mempertontonkan tiga buah model terbaharu edarannya kepada media tempatan, bertempat di bilik pameran Benelli Best Shop Alor Setar by Men Huat Motors Sdn Bhd. Ketiga-tiga buah model tersebut ialah Moto Morini X-Cape 650 2022, QJ Motor SRK600 2022 dan QJ Motor SRT800 2022. Anda boleh saksikan video […]
Dua model baharu SYM Jet X 150 2021 dan SYM Jet 4 RX 2021 akan dilancarkan di pasaran Malaysia
MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan dua buah model skuter baharu keluaran SYM pada tahun depan. Kedua-dua model tersebut ialah SYM Jet X 150 2021 dan SYM Jet 4 RX 2021, masing-masing akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada suku pertama dan separuh kedua 2021.
SM Sport 110E 2019 kini di pasaran Malaysia
Pada tarikh 22hb. September 2019 yang lalu, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah melancarkan SM Sport 110E, sebuah model motosikal kapcai terbaharu dalam segmen 110cc untuk pasaran tempatan. SM Sport 110E diperkenalkan selepas kejayaan model SM Sport 110R yang telah pun berada di pasaran tempatan sejak bulan Julai 2017.




