Honda Monkey 125 2023 kini di pasaran Eropah dengan tiga pilihan warna terbaharu

Honda Motor Europe pada penghujung bulan September 2022 yang lepas dengan rasminya memperkenalkan Honda Monkey 125 2023 untuk pasaran Eropah. Model mini tersebut kini tampil dengan tiga pilihan warna terbaharu yang lebih menyerlah, termasuk warna baharu pada kerangka dan tangki bahan api, serta balutan tempat duduk terbaharu seperti mana berikut :

  • Pearl Shining Black (with black frame, swingarm, rear fork springs, black/white tartan seat and white tank infill)
  • Pearl Nebula Red (with new red frame, swingarm rear fork springs, black/white/red tartan seat and silver tank infill)
  • Banana Yellow (with new yellow frame, swingarm, rear fork springs, black/white tartan seat and white tank infill)

Pada tahun lepas untuk musim 2022, Honda Monkey 125 telah menerima beberapa naik taraf terbaharu seperti enjin yang kini patuh piawaian emisi Euro 5, sistem transmisi lima kelajuan telah menggantikan transmisi empat kelajuan, suspensi belakang telah dipertingkatkan kemampuannya, termasuklah pengenalan warna baharu Pearl Glittering Blue yang tidak kurang menariknya.

Beralih ke bahagian enjin, Honda Monkey 125 2023 kekal dikuasakan enjin bersesaran 124cc (air-cooled, SOHC, 4-stroke, 2-valve, PGM-FI) dengan kuasa maksimum 9.25hp @ 6,750rpm dan tork maksimum 11Nm @ 5,500rpm. Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri lain juga masih kekal sama. Untuk maklumat yang lebih lengkap, anda boleh layari artikel terdahulu melalui pautan berikut :