Pada tarikh 04hb. Oktober 2022 baru-baru ini, Honda rasmi memperkenalkan model terbaharu Honda CB750 Hornet 2023, bertempat di acara Intermot Motorcycle Fair 2022 yang diadakan di Cologne, Jerman. Untuk pasaran Eropah, empat pilihan warna ditawarkan iaitu Pearl Glare White, Graphite Black, Matte Iridium Gray Metallic dan Mat Goldfinch Yellow.
Tag: Honda
Honda ADV160 2022 kini rasmi dilancarkan di pasaran Filipina
Selepas pasaran Indonesia dan Thailand, model skuter adventure terbaharu Honda ADV160 2022 kini rasmi dilancarkan di pasaran Filipina. Model tersebut didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Matte Solar Red Metallic, Matte Pearl Crater White, dan Matte Gunpowder Black Metallic. Harganya ialah sebanyak ₱ 164,900.00, bersamaan RM 13,210.21.
Pada tahun 2015, Honda Vario 150 eSP rasmi dilancarkan di pasaran Indonesia
Pada tarikh 13hb. Januari 2015, PT Astra Honda Motor (AHM) dengan rasminya melancarkan model skuter terbaharu Honda Vario 150 eSP untuk pasaran Indonesia. Tampil dalam dua pilihan varian Exclusive Type dan Sporty Type, lima pilihan warna yang ditawarkan ialah Exclusive Matte Black, Exclusive Pearl White, Titanium Black, Sonic White Blue dan Bionic Red.
Boon Siew Honda bakal melancarkan model skuter terbaharu, adakah ianya Honda Vario 150 eSP?
Boon Siew Honda menerusi laman Facebook rasmi mereka pada hari ini telah menyiarkan sekeping imej teaser terbaharu, dengan kapsyen “Sesuatu Yang Menarik Akan Datang November 2022”. Berdasarkan imej yang tertera itu, ianya merupakan sebuah model skuter yang mirip Honda Vario 150 eSP. Model tersebut sebelum ini dilancarkan di pasaran Indonesia pada tahun 2015.
Honda Biz 125 2023 ditawarkan di pasaran Brazil, harga bersamaan RM 11,716.44
Honda Motos Brasil baru-baru ini telah memperkenalkan model kapcai Honda Biz 125 2023, yang merupakan kesinambungan kepada model tahun sebelumnya. Model tersebut didatangkan dengan empat pilihan skim warna yang menarik, dengan harga jualannya di pasaran Brazil telah ditetapkan sebanyak R$ 13,110, bersamaan nilai RM 11,716.44 mengikut kadar semasa.
Honda CB1000R 2023 terima kemaskini warna baharu di pasaran Eropah
Pada November 2020 yang lepas, Honda CB1000R 2021 telah menerima kemaskini gaya baharu yang lebih sporty dan agresif untuk pasaran Eropah, bersama-sama enjin yang patuh piawaian emisi Euro 5. Kini untuk musim depan, ianya telah diperkenalkan semula, bagaimanapun dengan hanya kemaskini warna baharu tanpa ada sebarang perubahan terkini di bahagian teknikalnya.






