Dalam tahun ini, GPX Thailand telah melancarkan beberapa buah model motosikal dan skuter yang menarik, iaitu GPX Demon GR200R 2021, GPX POPZ 110 2021, GPX Rock Metal 2022, dan GPX Drone 4-ValvesĀ 2022. Seterusnya pada tarikh 29hb. Oktober 2021 baru-baru ini, syarikat tersebut melancarkan pula model GPX Legend 250 Brighton 2021.
Tag: GPX
GPX POPZ 110 2021 di pasaran Thailand tampil lebih bergaya, enjin kini dilengkapi sistem suntikan bahan api elektronik
GPX Thailand pada kelmarin dengan rasminya memperkenalkan versi terbaharu untuk model kapcai GPX POPZ 110, yang kini tampil lebih bergaya, lebih menyeronokkan dan enjin yang telah dinaik taraf. Untuk pasaran Malaysia, GPX POPZ 110 turut dilancarkan dalam bulan Ogos 2020 yang lepas, dengan harga disyorkan sebanyak RM 5,200.00.
GPX Rock Metal 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga pengenalan bermula dari RM 5,029.08
Pada Oktober 2020 yang lepas, GPX Thailand telah melancarkan sebuah model kapcai bergaya funky GPX Rock. Kini sebuah lagi model kapcai terbaharu yang lebih menarik, dikenali dengan nama GPX Rock Metal 2022, secara rasminya dilancarkan di pasaran Thailand, dengan harga pengenalan bermula dari hanya THB 39,500 (RM 5,029.08).
GPX Drone 4-Valves 2022 dilancarkan di pasaran Thailand
Dalam bulan November 2020 yang lepas, GPX Thailand secara rasminya melancarkan model skuter terbaharu GPX Drone 2021. Model tersebut terhasil daripada kerjasama di antara GPX Thailand dan SYM Taiwan. Kemudiannya untuk pasaran Malaysia, SYM telah melancarkan model yang sama SYM Jet X 150 2021, dalam bulan Mei yang lalu.
GPX Demon GR200R 2021 dilancarkan di pasaran Malaysia, harga jualan asas RM 11,388.00
GPX Malaysia pada malam ini dengan rasminya melancarkan sebuah model sport bike terbaharu yang ditunggu-tunggu selama ini iaitu GPX Demon GR200R 2021. Berasal dari negara jiran Thailand, model tersebut tampil dengan gaya dan reka bentuk cukup sporty, sementara harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM 11,388.00 sahaja.






