GPX Thailand pada dua hari yang lepas dengan rasminya memperkenalkan model skuter terbaharu GPX Drone 150 2023, yang kini tampil dengan kemaskini warna baharu yang lebih sporty dan elegan. Bagi varian Standard tanpa sistem kunci keyless, ianya tampil dengan satu pilihan warna Lightning Blue, dan ditawarkan dengan harga THB 77,500, bersamaan RM 9,662.63.
Tag: GPX
GPX Rock 125 2022 diperkenalkan di pasaran Greece dengan enjin 125cc bertaraf Euro 5
Pengeluar motosikal dari negara jiran iaitu GPX Thailand kini memperkenalkan model kapcai terbaharu GPX Rock 125 2022 untuk pasaran Greece. Model bergaya sporty itu sebenarnya diedarkan oleh KSR Hellas (member of KSR Group), yang sebelum ini turut melancarkan model moped Malaguti Spectre GP 125 2022 (WMoto F15 versi 125cc).
GPX Legend 250 Twin II 2022 rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, harga asas RM 13,500.00
Setelah agak lama menunggu, motosikal bergaya retro GPX Legend 250 Twin II 2020 kini rasmi dilancarkan di pasaran Malaysia, dalam dua pilihan warna hitam dan kelabu. Harga jualan asasnya ditetapkan sebanyak RM 13,500.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan), boleh dikatakan berpatutan dengan apa yang ditawarkan.
GPX Legend250 Twin III 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, harga jualan bersamaan RM 11,075.78
GPX Thailand pada dua hari yang lepas secara rasminya melancarkan model terbaharu GPX Legend250 Twin III 2022, dengan harga jualan sebanyak THB 86,500, bersamaan nilai RM 11,075.78 mengikut kadar semasa. Model bergaya klasik itu tampil dengan tiga pilihan warna yang cukup menarik iaitu White Everest, Green Forest dan Black Night.
GPX POPZ 110 2022 dilancarkan di pasaran Jepun, harga jualan bersamaan RM 9,441.27
GPX Japan Co.,Ltd. baru-baru ini rasmi melancarkan model kapcai terbaharu iaitu GPX POPZ 110 2022, untuk pasaran domestik Jepun. Didatangkan dalam lima pilihan warna menarik seperti British Green, Vermilion Orange, Satin Silver, Candice Red dan Cavyn Super Black, harga jualannya ialah sebanyak 264,000 Yen, bersamaan RM 9,441.27.
GPX Demon GR200R SE 2022 kini dilancarkan di pasaran Malaysia, harga RM11,888.00
GPX Malaysia sebentar tadi dengan rasminya mengumumkan ketibaan model sportbike terbaharu GPX Demon GR200R SE 2022, dengan harga jualan RM 11,888.00 sahaja. Model berkenaan sebelum ini dilancarkan di pasaran Thailand dalam bulan September 2021 yang lepas, dalam tiga pilihan warna dan grafik yang cukup menarik dan sporty.






