Benelli sebelum ini telah memperkenalkan model terbaharu Benelli TRK 800 2022. Terkini untuk pasaran China, Benelli memperkenalkan pula model Benelli TRK 702 2022. Tampil dalam dua pilihan varian TRK 702 (standard) dan TRK 702X (off-road), model tersebut dikuasakan enjin 693cc dengan kuasa maksimum 75hp @ 8,500rpm dan tork maksimum 68.2Nm @ 6,250rpm.
Tag: Benelli
Benelli Leoncino 800 Trail 2022 di pasaran UK, harga jualan £7,799.00
Untuk pasaran Eropah dan juga termasuk pasaran UK, Benelli Leoncino 800 Trail 2022 kini telah diperkenalkan dengan kemaskini warna baharu yang minimum, dengan pilihan warna Forest Green, Steel Grey dan Terrain Brown. Harga jualan di pasaran UK adalah sebanyak £7,799.00, bersamaan RM 40,161.53 berdasarkan nilai mata wang semasa.
Benelli Leoncino 800 2022 terima kemaskini baharu dan enjin patuh piawaian emisi Euro 5
Untuk musim 2022, model yang bergaya klasik moden Benelli Leoncino 800 kini tampil dengan beberapa kemaskini baharu, menjadikan penampilannya kini lebih menarik dan segar. Penampilan kosmetik itu boleh dikatakan minimum sahaja, melibatkan warna dan grafik, kekemasan enjin, visor lampu depan baharu dan rekaan tempat duduk baharu.
Benelli Leoncino 125 2022 di pasaran UK, harga £ 3,499 OTR
Benelli Leoncino 125 2022 diperkenalkan untuk pasaran Eropah pada November 2022 yang lalu, dengan enjin 125cc (single cylinder, 4-stroke, liquid cooled, 4 valves, SOHC) yang menawarkan kuasa maksimum 12.8hp @ 9,500rpm dan tork maksimum 10Nm @ 8,500rpm. Enjin bertaraf Euro 5 itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Berapakah kelajuan maksimum model moped Benelli R18i?
Model moped Benelli R18i telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada April 2021 yang lalu, dengan harga jualan asas RM 7,999.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Kelebihan utama model berkenaan sudah tentu enjinnya yang tampil dalam sesaran 174cc, kedua terbesar selepas enjin SYM VF3i yang bersesaran 183cc.