Baru-baru ini beberapa keping gambar model moped terbaharu Aveta V-13R 2021 telah terdedah di dalam internet. Kini beberapa keping gambar yang lain pula telah dipaparkan di dalam laman Facebook rasmi Singhingtop Motor Sb, menjelang pelancaran rasminya yang akan berlangsung pada tarikh 06hb. November 2021, Sabtu, pada jam 3.00 petang.
Tag: Aveta V13R
Penampakan jelas model moped terbaharu Aveta V-13R 2021, pelancaran rasmi pada Sabtu depan?
Pengeluar motosikal tempatan iaitu Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. bakal melancarkan sebuah model moped terbaharu, yang akan dikenali dengan nama Aveta V-13R. Menurut maklumat terkini dari sumber yang boleh dipercayai, pelancaran rasmi model berkenaan bakal berlangsung pada hari Sabtu depan, bersamaan tarikh 06hb. November 2021.
Moped 130cc terbaharu Aveta V-13R akan berada di pasaran Malaysia mulai bulan Oktober 2021
Pengeluar motosikal tempatan Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. bakal melancarkan sebuah model moped terbaharu yang dikenali dengan nama Aveta V-13R 2021, dalam bulan Oktober 2021 akan datang. Model tersebut akan dikuasakan enjin 130cc dengan kotak gear empat kelajuan dan klac automatik, serta patuh piawaian emisi Euro 4.



