Model scrambler Zontes ZT155G telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Disember 2021 yang lalu, dengan harga jualan asas sebanyak RM 12,000.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 12,500.00 (Malaysia Timur). Antara kelebihan yang ditawarkan oleh model bergaya sporty itu termasuklah kapasiti tangki petrol 20 liter dan sistem brek ABS Dual Channel.