Model scrambler Zontes ZT155G telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Disember 2021 yang lalu, dengan harga jualan asas sebanyak RM 12,000.00 (Semenanjung Malaysia) dan RM 12,500.00 (Malaysia Timur). Antara kelebihan yang ditawarkan oleh model bergaya sporty itu termasuklah kapasiti tangki petrol 20 liter dan sistem brek ABS Dual Channel.
Terkini bagi melengkapkan lagi penampilan, ciri-ciri dan kemudahannya, Zontes Malaysia telah memperkenalkan pelbagai pilihan aksesori bermutu untuk ZT155G, dengan harga yang boleh dikatakan berpatutan. Berikut ialah senarai aksesori yang ditawarkan termasuk harga jualannya :
- Tubeless Spoke Wheel 17” (RM 3,944.90)
- Headlight Cover (RM 94.25)
- Front Disc Brake Protective Cover (RM 133.90)
- Top Box Set with Carrier (RM 2,175.46)
- Rear Splash Guard (RM 473.80)
- Front Fender Extension Front Section (RM 127.60)
- Front Fender Extension (RM 82.08)
- Handguard Assembly Set (RM 137.20)
Jadi jika anda pemilik Zontes ZT155G, inilah masanya untuk anda menaik taraf motosikal anda dengan pelbagai pilihan aksesori menarik tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi atau hadir sendiri ke mana-mana cawangan pengedar sah Zontes Malaysia.