Pada bulan September 2022 yang lepas, Suzuki bukan sahaja memperkenalkan model terbaharu Suzuki V-Strom 1050 2023, malah turut memperkenalkan Suzuki V-Strom 1050DE 2023. Model adventure terbaharu itu kini menggantikan model terdahulu Suzuki V-Strom 1050XT, dan tampil dengan beberapa naik taraf terkini bersama-sama tahap keupayaan off-road yang lebih baik.

