Pada bulan September 2022 yang lepas, Suzuki bukan sahaja memperkenalkan model terbaharu Suzuki V-Strom 1050 2023, malah turut memperkenalkan Suzuki V-Strom 1050DE 2023. Model adventure terbaharu itu kini menggantikan model terdahulu Suzuki V-Strom 1050XT, dan tampil dengan beberapa naik taraf terkini bersama-sama tahap keupayaan off-road yang lebih baik.
Menurut Suzuki, V-Strom 1050DE direka untuk menjelajah ke mana-mana sahaja, walau apa saja bentuk muka bumi, dan di mana-mana sahaja pengembaraan. Model tersebut dibangunkan di atas platform yang sememangnya telah terbukti, teguh dan boleh dipercayai, yang selama ini telah menjadikannya sebuah jentera pilihan ramai di kalangan pengembara. Berbanding V-Strom 1050 2023, berikut ialah senarai ciri-ciri tambahan yang melengkapi V-Strom 1050DE 2023 :
- 21-inch front wheel with Dunlop TRAILMAX MIXTOUR tyres front and rear
- Increased suspension travel and ground clearance plus revised chassis geometry and ergonomics
- Wider bars and steel footpegs
- Two ABS modes plus the ability to disengage rear ABS
- Additional off-road ‘G mode’ traction control setting
Suzuki V-Strom 1050DE kini menggunakan rim roda depan bersaiz 21 inci, menggantikan rim roda 19 inci. Dengan rim depan yang lebih besar, jarak travel kini 40 mm lebih panjang berbanding V-Strom 1050. Sistem suspensi daripada KYB di bahagian depan dan belakangnya mempunyai ciri boleh laras sepenuhnya, yang turut menyumbang kepada jarak kelegaan bumi sehingga 190 mm.
Peningkatan lain termasuklah tapered aluminium handlebar dengan 40 mm lebih lebar, kerangka twin-spar aluminium yang dinaik taraf, rel tempat duduk yang dikemaskini yang kini menyokong beban input daripada permukaan tidak berturap dengan lebih baik, skrin yang lebih kecil membantu keterlihatan, fender hadapan baharu yang lebih lasak, bar enjin dipasang sebagai ciri standard, dan steel footpegs yang lebih lebar agar ianya lebih sesuai untuk tunggangan off-road.
Dengan dua mod ABS sama seperti V-Strom 1050, V-Strom 1050DE bagaimanapun mempunyai tambahan satu lagi mod untuk mematikan ABS daripada roda belakang dengan sepenuhnya, memberikan penunggang lebih kebebasan dan kawalan off-road. Talaan traction control turut mempunyai mod tambahan iaitu G (gravel), direka secara khusus untuk kegunaan off-road. Selain itu ialah Bi-directional Quick Shift System (QS) merupakan ciri baharu untuk V-Strom 1050DE, di samping skrin TFT baharu 5.0 inci dengan ciri warna sepenuhnya.
Di bahagian enjin, V-Strom 1050 dan V-Strom 1050DE berkongsi enjin yang sama, 1,037cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 90˚ V-Twin) dengan kuasa maksimum 107.4PS @ 8,500rpm dan tork maksimum 100Nm @ 6,000rpm, dan enjin itu turut menerima naik taraf terkini termasuk naik taraf sistem transmisi. Untuk lebih kemudahan, tersedia tongkat tengah, hand guards, pengecas USB berdekatan skrin TFT, soket 12V di bawah tempat duduk, dan sistem lampu LED sepenuhnya.
Untuk perjalanan yang lebih jauh, Suzuki V-Strom 1050 DE dibekalkan tangki bahan api dengan kapasiti 20 liter. Tiga pilihan warna yang boleh didapati untuk jentera adventure terbaharu itu ialah Champion Yellow / Metallic Matt Sword Silver, Pearl Vigor Blue / Pearl Brilliant White, dan Glass Sparkle Black / Metallic Mat Black. Ianya akan berada di pasaran Eropah mulai awal tahun 2023.