Untuk pasaran Jepun, Yamaha TMAX 560 2022 dan Yamaha TMAX 560 Tech Max 2022 mula ditawarkan sejak bulan Julai 2022 yang lepas. Tersedia dalam tiga pilihan warna, harga jualan untuk TMAX 560 adalah sebanyak 1,364,000 Yen, bersamaan nilai RM 43,544.27. Bagi model TMAX 560 Tech Max pula, harganya ialah sebanyak 1,551,000, bersamaan nilai RM 49,514.04.
Tag: 2022 Yamaha TMAX 560
Yamaha TMAX 560 2022 terbaharu bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, tempahan kini telah dibuka
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) bakal melancarkan model skuter terbaharu Yamaha TMAX 560 2022 untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi. Setakat ini tempahan untuk model tersebut telah pun dibuka oleh wakil pengedar sah Yamaha di seluruh Malaysia. Yamaha TMAX 560 2022 merupakan kesinambungan kepada model Yamaha TMAX 560 2021, yang sebelum ini dilancarkan di pasaran […]
Yamaha TMAX 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, terima penampilan serba baharu dengan naik taraf terkini
Pada bulan November 2021 yang lalu, Yamaha telah memperkenalkan Yamaha TMAX 2022 untuk pasaran Eropah. Model Sport Scooter itu kini telah sampai ke generasi yang kelapan, sejak ianya diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2001. Untuk pasaran Malaysia, Yamaha TMAX 2021 telah dilancarkan pada bulan Oktober 2021 yang lepas.



