Jentera naked Yamaha MT-15 2022 baru saja diperkenalkan di pasaran Malaysia, kini tampil dengan tiga skim warna terbaharu yang lebih sporty dan segar iaitu Cyan Storm, Icon Blue dan Midnight Black. Harga asasnya bagaimanapun kini naik sedikit daripada harga terdahulu RM 11,988.00, kepada RM 12,298.00 (naik sebanyak RM 310.00).
Tag: 2022 Yamaha MT-15
Yamaha MT-15 2022 terima kemaskini warna baharu untuk pasaran Malaysia
Pada bulan Mei 2022 yang lepas, model naked Yamaha MT-15 2022 di pasaran negara jiran Thailand telah didatangkan dengan skim pilihan warna terbaharu yang lebih sporty dan segar. Kini tiba pula giliran pasaran Malaysia, apabila Yamaha MT-15 2022 dengan skim warna terbaharu Cyan Storm, Icon Blue dan Midnight Black telah diperkenalkan.
Yamaha MT-15 2022 dilancarkan di pasaran Thailand, terima kemaskini warna baharu, harga bersamaan RM 12,834.66
Yamaha di pasaran Thailand baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model naked Yamaha MT-15 2022 terbaharu, yang kini tampil dengan kemaskini warna baharu. Tiga pilihan warna terbaharu untuk model tersebut ialah Metallic Grey, Racing Blue dan Matt Black, manakala harga jualannya ditetapkan sebanyak THB 101,000 (RM 12,834.66).
Yamaha MT-15 Version 2.0 2022 dilancarkan di pasaran India dengan beberapa naik taraf terkini, harga dari RM 8,891.40
India Yamaha Motor (IYM) Pvt Ltd. kelmarin rasmi melancarkan model naked Yamaha MT-15 Version 2.0 2022, dengan beberapa naik taraf terkini yang lebih menarik. Model tersebut kini menampilkan fork depan jenis terbalik 37 mm, swing arm aluminium dan panel instrumen digital baharu dengan sambungan Bluetooth ke aplikasi Y-Connect.