PT Astra Honda Motor (AHM) kini secara rasminya melancarkan model kapcai bertaraf legenda Honda Super Cub C125 2022 untuk pasaran Indonesia. Mempunyai tiga pilihan warna menarik iaitu Matte Axis Gray Metallic, Pearl Niltava Blue dan Pearl Nebula Red, harga jualannya ditawarkan sebanyak Rp. 73,645,000.00, bersamaan RM 21,688.98.
Tag: 2022 Honda Super Cub 125
Honda Super Cub 125 2022 diperkenalkan di pasaran Eropah, kini bertaraf Euro 5 dan dilengkapi tempat duduk belakang
Honda Super Cub 125 generasi terbaharu secara rasminya diperkenalkan di pasaran Eropah sejak tahun 2018 yang lalu. Kini untuk versi tahun 2022, model kapcai tersebut telah menerima beberapa pembaharuan yang lebih moden dan lebih praktikal, dan pada masa yang sama terus mengekalkan gaya rekaannya yang tidak ditelan zaman.