Pasaran Thailand baru-baru ini secara rasminya telah menerima pelancaran model Neo Sports Cafe terbaharu Honda CB300R 2022. Tampil dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Pearl Dusk Yellow, Candy Chromosphere Red dan Mat Gunpowder Black Metallic, model tersebut ditawarkan dengan harga THB 155,200.00, bersamaan RM 19,119.47.
Tag: 2022 Honda CB300R
Model Neo Sports Cafe terbaharu Honda CB300R 2022 rasmi diperkenalkan di pasaran Eropah
Honda Motor Europe pada beberapa hari yang lepas secara rasminya memperkenalkan model Neo Sports Cafe terbaharu Honda CB300R 2022 untuk pasaran Eropah. Model tersebut kini menyertai barisan model Neo Sports Cafe yang lain yang ditawarkan untuk pasaran Eropah, iaitu model Honda CB1000R, Honda CB650R dan Honda CB125R.


