Pada pertengahan Ogos baru-baru ini, model terbaharu CFMOTO 450SR 2022 secara rasminya masuk ke pasaran Filipina. Harga jualan yang ditetapkan untuk model sports full fairing itu ialah sebanyak Php. 299,900.00, bersamaan nilai RM 23,848.48 mengikut nilai mata wang semasa. Model berkenaan didatangkan dengan dua pilihan warna.
Tag: 2022 CFMoto 450SR
CFMOTO 450SR 2022 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia, enjin 450cc dengan prestasi 49.6hp dan tork 39Nm
Model sports terbaharu CFMOTO 450SR 2022 baru saja dilancarkan di pasaran China, dengan harga jualan sebanyak 31,980 Yuan, bersamaan RM 21,048.31 mengikut kadar tukaran mata wang semasa. Menariknya, model tersebut dikhabarkan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada akhir tahun ini, dengan harga jualan yang sangat berbaloi.
CFMOTO 450SR bakal tiba di pasaran Malaysia pada akhir 2022, harga di pasaran China bersamaan RM 21,203.22
CFMOTO Branch Cheras KL telah mengumumkan di dalam laman Facebook mereka, bahawa model sportbike terbaharu CFMOTO 450SR 2022 bakal tiba dengan rasminya di pasaran Malaysia pada akhir tahun 2022 ini. Jika benar seperti mana yang dikatakan itu, nampaknya sebuah lagi model menarik bakal dilancarkan di pasaran negara kita.
CFMoto 450SR 2022 bakal dilancarkan di pasaran China, enjin 450cc dengan kuasa 49.6hp dan tork 39Nm
CFMoto baru-baru ini telah mendedahkan model sports terbaharu keluarannya, dikenali dengan nama CFMoto 450SR 2022. Model tersebut merupakan versi sebenar daripada model konsep CFMoto SR-C21, yang muncul pada penghujung tahun 2021 yang lepas. Setakat ini, model tersebut dijangka akan dilancarkan di pasaran China tidak lama lagi.