CFMoto baru-baru ini telah mendedahkan model sports terbaharu keluarannya, dikenali dengan nama CFMoto 450SR 2022. Model tersebut merupakan versi sebenar daripada model konsep CFMoto SR-C21, yang muncul pada penghujung tahun 2021 yang lepas. Setakat ini, model tersebut dijangka akan dilancarkan di pasaran China tidak lama lagi.
CFMoto 450SR tampil dengan reka bentuk yang begitu sporty dan agresif, dengan enjin bersesaran 450cc yang menghamburkan kuasa maksimum 49.6hp dan tork maksimum 39Nm. Melalui maklumat rasmi yang didedahkan, model itu mampu mencapai kelajuan maksimum 190 km/j +. Berat badannya pula dikatakan ringan bagaikan model 250cc.
Spesifikasi menariknya yang lain termasuklah sistem lampu LED, paparan panel meter digital, fork depan upside-down, brek cakera Brembo, tayar berprestasi tinggi, dan juga winglet untuk prestasi aerodinamik yang lebih baik. Lengan ayun sebelah (single-sided swingarm) pula belum dapat dipastikan sama ada ianya akan kekal seperti konsepnya.
Galeri : 2022 CFMoto 450SR
Galeri : CFMoto SR-C21 Concept