Salah sebuah model sport bike kelas pertengahan yang ditawarkan di pasaran Malaysia pada ketika ini ialah Aprilia RS 660. Ditawarkan dengan harga asas RM 69,900.00, dua pilihan warna boleh didapati untuk model tersebut iaitu Lava Red dan Apex Black. Untuk pasaran luar negara, bagaimanapun tersedia model edisi terhad yang lebih menarik.