Yamaha MT-09 2021 serba baharu yang sebelum ini diperkenalkan di pasaran Eropah dan Jepun, kini turut diperkenalkan di pasaran USA. Harga yang ditawarkan di pasaran negara berkenaan adalah sebanyak $9,399, bersamaan RM 38,465.41 mengikut kadar semasa. Ianya akan berada di pasaran USA secara rasmi mulai bulan Januari 2021.
Tag: 2021 Yamaha MT-09
Yamaha MT-09 2021 diperkenalkan di pasaran Eropah, tampil dengan reka bentuk baharu dan enjin lebih besar
Yamaha Motor Europe secara rasminya memperkenalkan Yamaha MT-09 2021 serba baharu, yang kini telah menerima naik taraf ekstensif berbanding model terdahulu Yamaha MT-09 2020. Dari segi penampilan, perubahan yang dilakukan sangat ketara, begitu juga dengan enjinnya yang kini telah menerima peningkatan jumlah kapasiti.