Untuk pasaran Thailand pada 09hb. Julai 2021 baru-baru ini, Yamaha secara rasminya telah melancarkan enam buah model baharu secara serentak. Model-model tersebut ialah Yamaha Exciter 155 2021, Yamaha YZF-R3 2021, Yamaha MT-03 2021, Yamaha Finn 2021, Yamaha GT125 2021 dan juga Yamaha Grand Filano Hybrid 2021.
Tag: 2021 Yamaha MT-03
Yamaha MT-03 ABS 2021 diperkenalkan dengan skim warna baharu untuk pasaran domestik Jepun
Untuk pasaran domestik Jepun, Yamaha hari ini dengan rasminya memperkenalkan model Yamaha MT-03 ABS 2021, yang kini didatangkan dengan tiga skim pilihan warna terbaharu. Ketiga-tiga pilihan warna terbaharu itu ialah Gray, Blue dan Matte Dark Gray. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak 654,500 Yen, bersamaan nilai RM 25,107.35.
Yamaha MT-03 2021 di pasaran USA, harga $4,599.00
Yamaha MT-03 2021 di pasaran USA kini hadir dengan kemaskini warna baharu yang kelihatan lebih segar dan sporty. Kedua-dua pilihan warna baharu itu dikenali dengan nama Storm Fluo dan Matte Stealth Black. Model tersebut akan berada di pasaran USA mulai bulan Januari 2021, pada harga $4,599.00 (bersamaan RM 18,963.98).



