Menjelang pelancaran rasmi model Yamaha Exciter 155 VVA 2021 serba baharu pada tarikh 29hb. Disember 2020 akan datang, masih terdapat ramai peminat motosikal di pasaran Vietnam yang percaya bahawa model sebenar yang akan dilancarkan nanti ialah model sport bike Yamaha YZF-R15 2021 versi facelift paling terkini.
Tag: 2021 Yamaha Exciter 155 VVA Vietnam
Yamaha Exciter 155 VVA 2021 bakal dilancarkan pada 29hb. Disember 2020, digelar sebagai ‘Little YZF-R1’
Yamaha Motor Vietnam hari ini secara rasminya mengumumkan pelancaran model moped yang ditunggu-tunggu iaitu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Yamaha Y15ZR V3). Pelancaran model yang digelar ‘Little YZF-R1’ dengan pelbagai teknologi moden itu bakal berlangsung pada tarikh 29hb. Disember 2020, bermula jam 7.00 malam.