Untuk pasaran Malaysia, Yamaha YZF-R15 V3.0 buat pertama kalinya dilancarkan dalam bulan Julai 2018. Harga yang ditawarkan adalah sebanyak RM 11,988.00 (tidak termasuk kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Ianya dikuasakan enjin 155cc dengan kuasa maksimum 19hp (14.2kW) @ 10,000rpm dan tork 14.7Nm @ 8,500rpm.