Di pasaran Malaysia, jenama motosikal QJ Motor yang berasal dari negara China diedarkan oleh pengedar tunggal rasmi tempatan iaitu MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Bertempat di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (24 – 27 Ogos), MForce Bike Holdings. Sdn. Bhd. secara rasminya melancarkan QJ Motor SRK600RC 2023. Model sport bike terbaharu itu didatangkan dengan dua pilihan skim warna yang menarik iaitu Hitam dan Biru.
Menurut sumber dari TR Motorworld Branch Cheras, pasaran Malaysia tidak lama lagi bakal menerima ketibaan model sport bike terbaharu QJ Motor SRK600RC 2023. Malah tempahan untuk model berkenaan juga kini telah dibuka oleh wakil pengedar.
QJ Motor kini melancarkan model cruiser terbaharu QJ Motor SRV700 2023 untuk pasaran China, dalam empat pilihan warna yang menarik. Harga jualannya pula ditetapkan sebanyak CNY 39,999.00 sahaja, bersamaan nilai RM 25,867.63 mengikut kadar semasa, yang boleh dikatakan sangat berpatutan.
QJ Motor baru saja melancarkan sebuah lagi model sport bike terbaharu untuk pasaran China, dikenali dengan nama QJ Motor Race 150 2023. Tersedia dalam tiga pilihan warna yang menarik, model bergaya sporty itu ditawarkan dengan harga CNY 13,999.00, bersamaan nilai RM 9,040.51 (kadar semasa).
Pasaran Greece baru-baru ini menerima kehadiran sebuah model naked terbaharu iaitu QJ Motor SRK 125 S 2023, yang tampil sporty dan kelihatan begitu menarik sekali.