Di pasaran Greece, model skuter QJ Motor CTR 125 ditawarkan dengan harga Euro 2,495.00, bersamaan nilai RM 12,791.81 mengikut kadar semasa. Tiga pilihan warnanya ialah Grey, Blue dan Black. Di bahagian enjin, ianya bersesaran 125cc (four-stroke, liquid-cooled, EFI Bosch) dengan kuasa maksimum 15PS @ 8,750rpm dan tork maksimum 12Nm @ 8,250rpm.






