Model cruiser terbaharu QJ Motor SRV 600 V 2024 kini mula ditawarkan di pasaran Itali, dengan harga €6,950.00, bersamaan RM 35,551.17 mengikut kadar semasa. Enjinnya bersesaran 561cc (4-cylinder, DOHC, liquid-cooled) dengan transmisi enam kelajuan dan slipper clutch.
Enjin empat silinder dalam konfigurasi V-twin itu kemudiannya menjana kuasa maksimum 67hp @ 10,500rpm dengan tork maksimum 54Nm @ 8,000rpm. Tangki bahan apinya berkapasiti 16.5 liter, yang turut menyumbang kepada berat penuh model itu kepada 219 kg (curb weight).
Melengkapkan lagi spesifikasi menarik pada QJ Motor SRV 600 V ini antaranya ialah fork depan upside-down, suspensi belakang jenis berkembar, sistem brek cakera, tayar depan dan belakang bersaiz 130/90-16 dan 180/65-16, dan tinggi tempat duduk pada paras hanya 720 mm.
Sistem lampu kesemuanya jenis LED, di samping panel meter digital yang tampil bergaya klasik. Untuk pasaran Malaysia, pastinya menarik jika model ini turut dilancarkan oleh pengedar rasmi QJ Motor iaitu MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., dengan harga jualan yang berpatutan.