Category: Informasi Semasa

Mforce serah 3 model motosikal berkuasa tinggi untuk diuji JSPT PDRM

Mforce Bike Holdings (Mforce) menyerahkan enam unit motosikal daripada tiga jenama kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM). Serahan model multi-jenama itu adalah untuk tujuan penilaian program Proof of Concept (PoC) pihak JSPT dan tempoh pinjaman adalah selama tiga bulan. Jumlah keseluruhan bilangan motosikal ialah 16 unit dengan enam diserahkan terlebih […]

USM cipta tayar motor kalis pancit, bakal jadi pilihan utama penunggang harian?

RAA Technology sudah adakan satu sesi demonstrasi produk tayar motosikal terbaharu mereka yang dilengkapi ciri kalis pancit dan boleh ‘rawat sendiri’ di Litar Horizon Beranang. Tayar itu dipanggil JVR dan pengeluaran tayar dibuat menerusi sebuah kilang di Taiping, Perak. RAA Technology ialah syarikat pemula Universiti Sains Malaysia (USM). Pengarah Urusannya yang juga pensyarah di Pusat […]

Apa cerita lambat sangat pasang VOGE SR450X?

Apa cerita VOGE SR450X ini lambat sangat? Skuter 2-silinder sebaris yang menjadi antara model paling hangat dan asyik dikerumuni orang ramai sejak ditampilkan di Mforce MotoXperience 2026. Seperti diketahui, pengumuman mengenai kemasukan model ini ke pasaran Malaysia sudah dibuat Ketua Pegawai Operasi Mforce, Asri Ahmad baru-baru ini: Timbul satu pertanyaan, kenapa lambat sangat jalankan aktiviti […]

Ada apa dengan sportbike Aprilia RS 457 Replica?

Aprilia RS 457 sudah diperkenalkan di Malaysia sejak dua tahun lalu iaitu beberapa hari sebelum penganjuran MotoGP Malaysia 2024. Setahun kemudian, Aprilia mempertontonkan varian baharu yang dipanggil Aprilia RS 457 GP Replica di pentas Pameran Motor Milan (EICMA) 2025. Ini bukan model yang salin warna dan tukar grafik badan. Aprilia melakukan lebih daripada itu dengan […]

Yamaha-YZF-R15M Monster Black Edition 2026 lancar di Thailand, terhad 100 unit

Thailand sudah menerima sportbike istimewa Yamaha YZF-R15M Monster Black Edition 2026 dengan unit terhad iaitu hanya 100 motosikal. Model ini menerima grafik hitam dan biru gelap yang diinspirasi daripada jentera MotoGP Yamaha YZR-M1. Harga diumumkan ialah 138,700 baht (anggaran RM16,826). Motosikal ini dipacu enjin VVA sedia ada jenis satu silinder 155cc SOHC 4-injap dengan sistem […]

Yamaha YZF-R9 akan temui peminat Malaysia hujung bulan ini?

Yamaha YZF-R9 dikatakan akan membuat kemunculan di Malaysia dalam masa terdekat? Sempena Kejuaraan MotoGP Malaysia (MotoGP Malaysia) 2027 atau….. Belum ada kepastian sama ada Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) akan melancarkannya atau R9 bakal senasib seperti R7… yang pernah jadi bahan pameran sempena MotoGP Malaysia 2022. Cerita tentang R9 pernah dilaporkan pada awal tahun ini. […]