Pada bulan November 2023 yang lepas, Honda telah memperkenalkan model sports bike berprestasi tinggi Honda CBR1000RR-R Fireblade 2024 untuk pasaran Eropah.
Model tersebut hanya ditawarkan dalam satu pilihan warna iaitu Grand Prix Red (Tricolour) yang kelihatan cukup menarik dan sporty. Enjinnya pula bersesaran 1,000cc (liquid-cooled, 4-stroke, 16-valve, DOHC, Inline-4) dengan padanan sistem transmisi enam kelajuan.

Honda CBR1000RR-R Fireblade 2024 menawarkan prestasi maksimum 214.5hp @ 14,000rpm dengan tork puncak 113Nm @ 12,000rpm. Berat model tersebut ialah 200 kg (kerb weight).





