
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) nampak lebih serius untuk teroka pasaran motosikal berkuasa sederhana dan tinggi.
Malah awal tahun ini mereka sudah menyatakan rancangan untuk memberi fokus kepada segmen motosikal premium dan berkapasiti sederhana hingga tinggi.

Mengapa baru sekarang?

Antara sebab yang dikongsi ialah pasaran makin berkembang dan segmen motosikal berkuasa sederhana-tinggi (big bike) dijangka berkembang.
Yamaha menyatakan segmen itu naik 73 peratus antara tahun 2025 hingga 2026 dengan jangkaan volum pasaran sebanyak 110,000 unit.
Satu lagi sebab ialah HLYM sudah meterai perjanjian tiga pihak termasuk Yamaha Motor Co., Ltd. (YMC) dan DRB-HICOM Auto Solutions Sdn. Bhd. (DHAS).
Tidak lupa juga banyak model berkuasa sederhana-tinggi diperkenalkan pasaran Malaysia terutamanya dari China yang mendapat sambutan baik daripada pengguna.
Apa rancangan HLYM?

HLYM sudah umumkan hasrat meluaskan model motosikal kuasa sederhana-tinggi daripada tujuh model kepada 20 model dalam beberapa tahun lagi.
Menariknya, daripada 20 model ini … ada sebahagiannya model pemasangan tempatan (CKD) dan ada pula model versi import sepenuhnya (CBU).
Nampaknya, perjanjian tiga penjuru di atas ada kaitan dengan model-model akan datang.
Apa lagi HLYM buat?

Selain memikirkan model-model yang akan dibawa masuk, HLYM juga mengambil inisiatif menyusun rangkaian pengedaran dan jualan motosikal mereka. Mereka memanggilnya sebagai BLU.
Ada tiga jenis ekosistem BLU iaitu BLU Nexus, BLU Universe dan BLU Point. Di bawah ini adalah penerangan HLYM mengenai tiga entiti BLU:





