Peugeot Motocycle Malaysia turunkan harga badan skuter XP400 GT sehingga RM10,000?

Peugeot Motocycle Malaysia mengambil keputusan untuk menurunkan semula harga badan untuk salah satu skuter premium mereka iaitu Peugeot XP400 GT.

Penurunan harga badan yang dibuat agak besar dan sudah tentunya mengejutkan orang ramai. Potong terus RM10,000?

Semasa debut rasmi dan pelancaran pada Mei lalu, ada dua pakej harga asas diumumkan iaitu:

  • Pada Mac, harga badan skuter diumumkan ialah RM43,990 dan seramai 30 pembeli terawal akan dapat dua aksesori iaitu bar rempuh dan kotak simpanan atas bernilai RM2,000 secara percuma.
  • Untuk Oktober, harga baharu skuter Peugeot XP400 GT disemak kembali jadi RM33,990 seunit. Kalau ambil sekali dengan pakej Adventure dengan aksesori sama, harga naik RM2,000 menjadi RM35,990 (skuter dengan set akeseori).

Mengapa harga turun mendadak?

Timbul juga pertanyaan mengapa harga skuter Peugeot XP400 GT tiba-tiba turun?

Berdasarkan penjelasan Peugeot Motocycles Malaysia, langkah ini diambil berikutan maklum balas pengguna Malaysia yang mahu harga skuter lebih mampu milik.

Perlu diingatkan, harga diturunkan ialah harga badan yang disyorkan dan tidak termasuk kos insurans, cukai jalan dan caj pendaftaran berkaitan untuk Peugeot XP400 GT.

Pilihan warna disediakan ada dua iaitu Mad Black dan Satin Technium dengan unit terhad. Ini juga bergantung pada stok sedia ada.

Perincian

  • Enjin jenis satu silinder 400cc SOHC 4-injap dengan sistem suntikan bahan api dan sejukan cecair. Output kuasa 36.7hp pada 8,150rpm dan tork 38.1Nm pada 5,400rpm.
  • Sistem transmisi CVT dengan pacuan tali sawat.
  • Meter gabungan dua meter analog dengan satu skrin digital berwarna jenis TFT 5 inci. Meter boleh disambung guna iConnect untuk paparan navigasi menggunakan petunjuk arah-ke-arah. Ada soket USB bawah pelana.
  • Suspensi membabitkan fork terbalik (USD) 41mm KYB di hadapan dan absober tunggal KYB yang dipasang pada kedudukan hampir mendatar di sebelah kiri.
  • Sistem brek cakera berkembar 295mm di hadapan, cakera tunggal 240mm di belakang. Ada Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) depan belakang.
  • Rim depan 17 inci dengan tayar 110/70, rim belakang 15 inci tayar 160/60.
  • Ada pelindung tangan (hand guard). Ruang bawah tempat duduk boleh muat topi keledar muka penuh.
  • Tangki minyak 13.5 liter. Panjang skuter 2,190mm, lebar 870mm, tinggi 1,190mm dan tinggi tempat duduk 815mm. Berat skuter 231kg.

Artikel Berkaitan