
Belum sampai seminggu Aveta Motor Malaysia melancarkan model edisi terhad NOVA 250 G Elite Edition (2026), mereka sudah beri bayangan kedatangan satu lagi model baharu.
Berdasarkan klip video mereka, model yang dipertontonkan nampak seakan-akan sebuah skuter gaya adventure atau mungkin jenis dwi-kegunaan.

Video serba gelap itu sengaja memaparkan beberapa ciri yang terkandung pada skuter misteri tersebut iaitu fork terbalik (USD), ada plet logam di bahagian letak kaki, bar hendal boleh laras dan sistem lampu depan jenis projektor 4 unit dengan lampu DRL.
Tambahan lain yang jelas kelihatan ialah ada perehat belakang badan untuk penunggang, menggunakan sistem kemasukan tanpa kunci, ada ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Cengkaman (TCS). Nampak macam ada lampu kabus.
Adakah ini skuter pacuan jenis rantai atau… berasaskan tali sawat?










