Yamaha XSR900 GP dapat seragam biru ikonik inspirasi era perlumbaan 1980-an?

Selain kemas kini XSR900, Yamaha mengenakan seragam baharu untuk varian Yamaha XSR900 GP edisi 2027 di Eropah.

Warna baharunya ini dipanggil Legend Blue, hasil inspirasi daripada model YZR500 pasukan Sonauto Yamaha dengan pelumba, Christian Sarron dalam GP Dunia era 1980-an.

Legend Blue ini ada yang memanggilnya sebagai warna Gauloises. Badan motosikal berwarna biru gelap dihiasi blok berwarna biru lembut di bahagian panel sisi dengan jalur kuning.

Bahagian depan tengah fairing depan dan belakang dikenakan warna kuning. Spring monoshock belakang juga berwarna kuning.

Rim aloi berwarna emas dan frem serta swingarm berwarna perak. Gambar di bawah ini menunjukkan XSR900 GP dengan tiga warna ikonik untuk Yamaha.

  • Model kiri ialah model XSR900 GP pertama pada tahun 2024 dengan skim warna merah putih  Marlboro.
  • Model tengah yang diperkenalkan pada 2026 pula memaparkan seragam kuning YZR500 Kenny Roberts dengan frem dan swingarm hitam.
  • Model kanan ialah skim Gauloises yang baru diperkenalkan sebagai model 2027.

Perincian Yamaha XSR900 GP 2027

Spesifikasi model Yamaha XSR900 GP masih kekal sedia ada, tidak diberi peningkatan selain ‘kejuruteraan’ warna.

Apa ciri menarik ialah meter TFT 5 inci berwarna, ada lima mode tunggangan iaitu Sport, Street, Rain dan dua mode Custom. Spesifikasi asas seperti berikut:

  • Enjin 3 silinder sebaris 890cc DOHC 4-injap dengan sistem sejukan cecair dan suntikan bahan api.
  • Output kuasa 119PS @ 10,000rpm dan tork 93Nm @ 7,000rpm
  • Transmisi manual 6 kelajuan
  • Tangki minyak  14 liter
  • Brek cakera depan dan belakang
  • Pemijak kaki aluminium
  • Rim tempaan dengan balutan tayar Bridgestone Battlax Hypersport S23
  • Panjang 2,160mm
  • Lebar 810mm
  • Tinggi 1,180mm
  • Jarak roda 1,500mm
  • Tinggi pelana 835mm
  • Berat kasar 200kg